Wednesday, August 13, 2014

Segmen M-Tech di Radio IKIM FM bersama Tuan Haji IR Mohamad Bin Dalib

Pengkongsian hebat untuk penjagaan kereta yang lebih efektif oleh Pengarah Bahagian Kejuruteraan JPJ Tuan Haji IR Mohamad Bin Dalib melalui Segmen M-Tech di Radio IKIM FM . Rakaman diambil untuk segmen M-Tech pada 11 Ogos 2014.
Segmen M-Tech IKIM FM bersiaran setiap hari Isnin jam 3.15 petang dan ulangannya pada setiap Selasa jam 2.15 pagi. 
Tuan Haji IR Mohamad Bin Dalib mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang automotif dan pernah belajar dan berkerja di negara England dalam bidang Automotif . Rancangan yang menerangkan cara penjagaan kenderaan pensendirian anda ini adalah sesuatu ilmu yang bermanafaat berserta penerangan yang amat mudah dipahami.

Rakaman 1 dari 2 tarikh 11 Ogos 2014 oleh syukranhelmi.com

Rakaman 2 dari 2 tarikh 11 Ogos 2014 oleh syukranhelmi.com

Wasalam dan terima kasih


Sunday, August 10, 2014

10 Cara Penjimatan Petrol Kenderaan ( Siri 1/3 )

10 Cara Penjimatan Petrol Kenderaan 

1. 
Isi minyak dengan perlahan-lahan. Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

2.Kurangkan pengunaan brek. Tidak menekan minyak dengan banyak dan secara tiba-tiba sewaktu berlepas dari keadaan henti. Mulakan dengan 2000rpm kitaran enjin dan sedikit-demi sedikit maintain 2500rpm.

3. Hadkan kelajuan enjin 2000rpm - 3000rpm di highway ( saya mencapai 110kmh 
@ 2000rpm di highway ) - kereta model Mitsubishi Lancer 2.0 GT

4. 
Penggunaan gear yang betul. Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

5. Kurangkan perubahan pendikit minyak, jika bawa 2500rpm, cuba kekalkan rentak selama yang mungkin. Ini disebabkan jika anda mengubah tekanan pedal, fuel pump akan bekerja lebih untuk menyalurkan minyak tambahan

6. Kosongkan kereta anda, jangan bawa muatan berlebihan. Lagi ringan kereta lagi jimat.

7. Pastikan tayar anda mempunyai tekanan angin yang cukup dan sekata

8. Gunakan highway dari jalan yang mempunyai selekoh. Anda secara automatik akan memperlahankan kenderaan jika menghampiri selekoh, sekaligus gear akan terturun secara automatik. Ini menyebabkan tork akan berlebihan pengunaannya, sekaligus menambahkan pengunaan minyak anda.

9. Sentiasa tambah minyak jika meter telah menunjukkan 50%. Ini kerana untuk menjaga kesihatan fuel pump anda.. Jika fuel pump sihat, minyak yang dibekalkan pun sihat.

10. Sentiasa pastikan minyak enjin ditukar mengikut waktu, kadar 5000km-10000km (ikut spesifikasi minyak enjin) sudah memadai untuk menukar ke minyak baru. Minyak yang tidak ditukar, menyebabkan enjin sukar berputar, sekaligus menggunakan banyak petrol untuk bergerak.


Sunday, August 3, 2014

Raya 2014 - Salam Aidilfitri dari syukranhelmi.com

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin Dari Syukran Helmi Sekeluarga

 My Family

Solat Aidilfitri

 With lovely wife maisarahibrahim.com

Family Di Alor Setar