Wednesday, March 19, 2014

Pray For MH370 dan Kisah Raja Bomoh

SRI AMAN, 17 MAC 2014. Penduduk di sekitar  Sungai Batang Lupar gempar apabila segerombolan Buaya Tembaga didapati terdampar di persisiran sungai jam 10.47 pagi tadi. Kehadiran buaya-buaya ini menarik orang  ramai untuk melihat buaya-buaya ini  sehinggakan pesisir sungai dipenuhi oleh orang  ramai sekitar SRI AMAN. Jabatan Perhilitan yang   dihubungi kemudiannya tiba kira-kira jam  11.15 pagi cuba untuk menenangkan buaya- buaya tersebut, yang kemudiannya memohon   supaya pemberita dipanggil.   Pemberita dari Reuters yang tiba kemudiannya  cuba menemuramah ketua kepada buaya    tersebut. Buaya yang memperkenalkan diri  sebagai   Duda Senang itu berkata "Seumur hidup saya    99 tahun ini tidak pernah ada mana-mana     manusia yang menampar keturunan   kami.Maruah kami sejak berzaman sebagai raja   sungai tercalar kerana ada Bomoh yang    mendakwa pernah menampar kami.Jadi saya   selaku Raja Buaya mencabar Datok Raja Bomoh   untuk turun ke sungai ini dan menampar muka   salah seekor dari kami,jika dia handal    orangnya!"    Duda Senang yang turut mendakwa selaku   keturunan ketiga Bujang Senang, Raja Buaya   Sarawak ketika ditanya apakah punca dia   membuat kenyataan itu turut berkata "Kami  malu diketawakan oleh memerang,biawak  pasir,ular air, malahan udang galah pun ketawa   melihat kami, kerana menyangka kami pernah  ditampar manusia, mana mahu kami letak muka   kami?"      
   
Sumber : SURAT KHABAR TERPILIH         
Gurauan di pagi khamis

Memandangkan hampir 13 hari kehilangan  pesawat MH370 saya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada penumpang dan anak kapal . Pelbagai usaha boleh dilakukan berlandaskan syarak ,tapi tindakan bomoh-bomoh kelakar di KLIA hari tu minta dielakkan kerana menunjukkan kebodohan umat Nabi Muhammad S.AW yang tidak mewakili majoriti.

sebagai tanda simpati follow hashtag #prayformh370 







No comments:

Post a Comment