Thursday, January 9, 2014

Pencetus Ummah Tazkirah Dr Riduan Tee Abdullah & Perkongsian ILMU

 Salam Jumaat Mungkin Ramai yang menonton Pencetus Ummah Akhir malam semalam. Sungguh tersentuh hati mendengar tazkirah Dr Riduan Tee Abdullah tentang IBU.


Selain dari dakwah Dr Riduan Tee Abdullah juga mudah untuk berkongsi ILMU dalam perniagaan disebabkan dia datang dari keluarga perniaga.

Dr Riduan Tee Abdullah

Kisah Beliau

1.Ayahnya dulu adalah seorang peniaga.

2. Beliau kagum dengan ayahnya, datang ke kampung melayu (di Perak) sehelai sepinggang dari tak ada apa-apa tapi dapat kumpul modal dan akhirnya dia satu-satunya yang bukak kedai di kampung tersebut.


3. Beliau pun pelik macamana orang berbangsa Cina ada 2 atau 3 orang saja, tapi mereka yang jadi peniaga dalam kampung tersebut.

4. Ayahnya berniaga sehingga dapat beli berpuluh-puluh ekar tanah.

5. Pada pandangan Dr.Ridhuan Tee, ayahnya atau orang Cina lain boleh berjaya kerana mereka sedar diri, mereka perlu tahu yang mereka macamana pun kena survive.

6. Orang melayu untung, nak jadi petani, pihak kerajaan tolong bagi baja.Nak jadi nelayan, pihak kerajaan tolong bagi jala, pukat. Orang Cina?

7. Dr Ridhuan Tee pecah rahsia, dulu...di kampungnya, dia nampak attitude orang melayu ni nak kaya cepat. Sebab apa saja yang kerajaan bantu dia, bagi peti ais dan sebagainya, mereka jual pada ayah beliau!...(ye ke macam tu? malunyaaaa....).

8. Kerjaya paling mulia adalah berniaga kerana berniaga adalah satu JIHAD!

9. Berniaga tiada jalan pintas.

10. Kalau ingat berniaga ada jalan pintas, boleh cepat kaya, baik jadi pensyarah ke..cikgu ke...

11. Peniaga kena berani ambil risiko.

12. Betul ke melayu tak boleh meniaga? Orang Cina saja ke pandai berniaga?

13. Takk...dulu masa pedagang Cina,India, Arab datang, orang Melayu dah start berniaga..mereka meniaga di persisiran pantai..

14. Siapa kata melayu tak pandai berniaga?

15. Dr.Ridhuan Tee ada 12 orang adik beradik.

16. Anak dari kecik lagi diajar how to survive.

17. Beliau dilatih dan dikejutkan seawal 3 atau 5 pagi.

18. Beliau diajar kira duit.

19. Ayahnya nak anak-anak tengok bagaimana dia naik dengan susah payah.

20. Pesan Dr Ridhuan Tee, walaupun dilahirkan dalam keluarga kaya, JANGAN MENUMPANG KEKAYAAN MAK BAPAK!

21. Anak Cina, walaupun fail Darjah 6 @ Tingkatan 5, dia tahu dia nak ke mana.

22. Anak Cina tak ada masa nak melepak, race motor dan sebagainya.

23.S iapa yang paling ramai suka memancing? Orang melayu...

24. Orang lain sibuk memukat di laut dalam.

25. Orang tak akan kaya dengan mengail ikan.Tapi kalau ke laut dalam, boleh bawak balik ikan 1 kapal.

26. Kata beliau, sedekah RM 10 masa kaya adalah berbeza dengan sedekah RM 10 masa miskin. Nilai RM10 ringgit waktu susah adalah berbeza.

27. Sifat orang melayu, usaha belum lagi...dah suruh dia buat air jampi,ayat pelaris supaya bisnesnya maju..

28. Kalaulah betul mujarab benar air dia tu, dia kata baik dia jampi, hembus-hembus air kat empangan, biar air tu masuk ke semua rumah...supaya ramai yang mendapat manfaatnya...(hehe)

Terima kasih Dr.Ridhuan Tee atas ilmu dan perkongsian pengalaman yang sangat berguna!...Semoga Dr Ridhuan Tee dan keluarga dirahmati Allah selamanya.




No comments:

Post a Comment